- Perjalanan ke sana dimulakan di LCCT Kuala Lumpur atau KLIA2
- Tiket ialah KUALA LUMPUR(KUL) ke SIBU (SBW)
- Boleh guna Passport Antarabangsa, Pasport Terhad atau Kad Pengenalan untuk ke sana.
- Dari lapangan terbang naik teksi ke jetty atau wharf Sibu ( Terminal Sibu)
- Tambang teksi ke jetty ialah RM35.00 ( kupon beli di lapangan terbang Sibu)
- Sampai di terminal laut Sibu pilihlah feri dan masa perjalanan yang sesuai.
- Tiket perlu di beli ke SONG
- Harganya ada pelbagai ikut kelas (RM17.00, RM25.00 dan RM30.00 )
- Perjalanan ke Song memakan masa selama 2 jam.
- Dalam bot selesa saja - pilih yang mahal sikit sebab lebih selesa, ada ekon, tv dan kusyen yang baik.
- Ready bila sampai di Song, jangan tertidur nanti terus ke Kapit pula.
- Feri hanya menurunkan / mengambil penumpang sekejab sahaja di Song sebelum meneruskan perjalanan ke Kapit.
- Untuk ke SK Engkuah mesti turun di SONG.
Friday, May 9, 2014
Perjalanan ke SK Nanga Engkuah, Song, Kapit, Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment